Tuesday, April 22, 2014

Berjauhan

Ermmmm... Tak tau nak mulakan dari mana. Dan tak tau nak fikir apa dah..

Okaylah.. En. Abang aku tu akan keje kat KL. Dapat keje dekat transport company yang boleh dikatakan terkenal jugak lah. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya terjamin la jugak masa depan.

Tapiiiii.... aku ada rasa seram jugak nih. Iyer la... Selama aku kawin 6 tahun lebih ni, tak pernah pun dia tinggalkan aku duduk kat umah tu sorang2. Biasanya aku je yang tinggalkan dia.. eh! haha.. Jangan fikir bukan-bukan yea.. Aku tinggalkan Abg kat umah sorang2 bersebab. Tu pun aku cuma balik umah abah aku je. Bukan pegi tempat lain. Paling lama 3 bulan. Masa mula2 jaga Asyraaf dulu. Aku duduk kat kampung dekat 3 bulan untuk 'berpantang'. 

Lepas tu awal tahun ni aku balik kg dekat sebulan sebab baby sitter Asyraaf bersalin pulak. Takper la. Sekurang-kurangnya BS aku tu still nak jaga Asyraaf walaupun ada baby baru. Selalunya aku balik kg 2-3 hari je. Tu pun sebab Asyraaf nye checkup semua buat kat klinik kat kg je. Jadi memang la kena gi situ.

Tapi.. sekarang ni dah lain. Abg pulak yang kena tinggalkan aku untuk kerja jauh. Masa mula2 Abg bagi tau yang dia nak pegi interbiu keje kat KL 2 minggu lepas tu, aku dah malas nak fikir. Sebab mungkin lambat lagi kottt start keje kat sana. Sekalinyaaaaaa... bila aku tanya bila nak mula keje kat sana, Abg bagi tau hari Khamis sok nak gi KL dahhhh...  

Bila dengar je Abg cakap macam tu, macam2 aku fikir.. Boleh ke aku jaga Raf sorang? Macam mana aku nak gi mandi nanti? Raf tu, kalau tak nampak muka aku, mula la nak menangissss je... Macam mana kalau barang2 dapur habis, takkan la aku nak pegi shopping berdua je ngan Raf? Macam mana tu? Macam mana ni?

Aku pernah tanya pada Abg, percaya ke aku duduk berdua ngan raf je kat umah tu? Abg cakap, percaya. Lagipun jiran2 dah kenal kannn.. Masa mula2 bincang pasal keje kat KL, aku pernah tanya aku ngan Raf macam mana nanti. Abg suruh aku duduk ngan mak dia. Lagipun, MIL aku tu memang duduk berdua je ngan FIL aku. Abg suh tengok-tengokkan. Then bila aku citer kat family aku pulak, diorang suggest aku duduk kat kg je. Tapi, kalau duduk kat kg, dah ramai sangat la kat sana. Susah nanti..

Kalau duduk ngan PIL, aku susah nak antar Raf pegi kat BS dia. Sebab BS dia tu dekat ngan umah aku. Umah PIL aku jauh dari rumah aku. Ada sedikit kesukaran disitu.

Jadi aku buat keputusan, aku duduk je umah tu berdua ngan Raf. InsyaAllah, harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Aminnnn...

Tuesday, April 08, 2014

Bawak Baby Balik Kampung

Lepas aku bg baby pada kakak aku, aku drive keta balik umah aku dulu. Kemaskan barang2 aku, baju2 keje aku, barang keperluan aku.. Al-maklum la, nak balik kampung selama 2 bulan kan.. untuk berpantang.. hewhewhew.. bukan aku la. tapi baby..

Masa drive keta, tak tau aku fikir apa. just go with the flow je. masa bawak baby balik umah aku, my hubs dah ada kat umah. aku tgk muka biasa je.. takder pun excited. Ke memang mcm tu.. ntah ler. Tak lama lepas tu, kak N datang umah. Nak tgk baby sebelum aku bawak balik kg. Tak lama pown, pasal dah nak senja time tu. So, kelam kabut balik kampung.

Sampai je kat umah kampung, abah aku dah menunggu dah.. Siap dengan madu lagi. Iyer la, biasanya kalau baby baru masuk umah, mmg bagi manis kat bibir dia. Tak pasti lak untuk apa. Tapi memang semua baby baru abah or arwah mak aku akan buat macam tu. Follow jek la..

So, bermulalah aktiviti menjaga baby Asyraaf kat kampung selama 2 bulan tak silap aku. Kira mcm aku berpantang plak. Yang aku tak bley blah, bila buat kenduri cukur jambul baby. Masa tu kenduri tu combine ngan kenduri arwah mak. masa jiran-jiran ngan sedara mara datang, semua pelik. Iyer la, aku jalan macam biasa je. takder la kepit macam orang baru lepas bersalin tu. Masing2 hairan. Diorang ingat memang anak aku, pasal aku kan kira plus size. kalau pregnant pun tak perasan. boleh yek macam tu? Aku rasa aku nye badan takder la besar sgt kot ! sampai pregnant pun tak bleh nampak.. *fitam*. Tak kesahla tu..

Tapi takder siapa pun berani  tanya kat aku pasal baby @ pasal aku. Diorang tanya pada kakak aku. so, kakak aku pun bagi tau la yang tu adalah baby angkat. dah semua pakat gelak.. hadoiiii...iyer la, teka-teki dah terjawab kan... pastu, diorang cakap, takper la anak angkat pun.. rezeki jugak. Alhamdulillah...Semuanya memahami.. Sungguh bersyukur padaMu Ya Allah..


Monday, April 07, 2014

Ambil Baby

Lepas buat dokumen semua tu siap. Kena la tunggu sampai hospital call. Sebab satu set dokumen tu diorang kena bagi pasa wad baby, wad yang jaga baby tu after lahir. 

Yang aku tahu, si A dapat tengok anak dia sekali je, lepas dia bersalin. Orang JKM ada bagi tau, lepas je A bersalin, dia dah takder apa-apa kaitan lagi dengan semua prosedur ni. Lagipun semua dokumen dia dah sign, dah setuju. Kalau tak silap, sehari lepas A bersalin, dia dah boleh keluar hospital dah. So, kami laki bini ni la yang masih tertunggu-tunggu bila boleh amik baby dari hospital tu. Tapi sebelum A kluar hospital, kami ada jumpa ngan ayah A ni. Abang ada cakap, nak jumpa kan baby ngan A ni maybe dalam 6 bulan sekali ke.. Pastu ayah si A ni terus cakap :

Tak payah la susah-susah. Pakcik nak dia bina hidup baru. Lupakan kisah lama tu semua. Jangan ingat lagi..

Ada satu hari tu, abang dapat sms dari A. 

Tak tengok baby ke? Tak tau cukup ke tak diapers dia tu..

Lebih kurang macam tu la. Ada lagi dia tulis, tapi aku tak ingat la. Kiranya macam dia nak suruh abg gi tengok baby tu. Biasa la.. naluri ibu kannnnn..

Ada satu masa tu, dia request nak bagi susu badan dia pada baby. Actually, lepas je baby lahir, memang hospital terus bagi susu formula. Tak sure la kan kenapa. Cuma aku rasa nak elak daripada ibu rapat dengan baby tu. Lagipun baby tu kan nak bagi pada orang lain jaga. So, nak buat apa bagi susu dia pada baby. Kang tak pasal2, tak jadi plak nak serah baby tu pada kami. Tu la yang aku rasa.. tak pasti la betul ke tak.. Lagipun, ayah A pun tak bagi A susukan baby tu...

Baby Asyraaf kan lahir 05/11/2012, Isnin, lepas tu hari Jumaat 09/11/2012 abg dapat call dari hospital, bagi tau yang kami dah boleh amik baby tu. Abg call aku dalam pukul 5 ptg macam tu, suh aku amik baby sendiri pasal dia tak sempat amik. Dia suruh aku ajak kakak aku temankan. Pasal lepas je amik baby, memang nak terus balik kg. Nak suh kakak aku tolong jaga, tolong ajar kan macam mana nak sesuaikan dengan baby baru lahir.

Perasaan aku time tu, bercampur baur. Dada dah dup dap dup dap.. takut hokey. Seram pun ada, resah pun ada. kira macam complete set la perasaan tu. semua ada. haha. kalau ingatkan balik, macam klaka pun ada. Iyer la, aku ni mana la pernah ada baby. tertiba je kena jaga baby. Ofkos la macam2 rasa ada. Nasib baik la ada kakak aku, adik aku, dan yang paling penting abah aku. Thanks a lot to them! Tak tau la kalau diorang takder, macam mana...

Abang suh amik baby sebelum pukul 6 ptg Jumaat tu. Lepas je pukul 5, aku terus je gerak gi spital. Spital tu ngan rumah aku bukannya jauh pown.. Time tu dah siap2 call kakak aku, suh datang hospital untuk temankan aku. Aku sampai hospital dulu. Time tu hujan plak lebat giler. Aku tunggu kakak aku. Lagipun belum pukul 6 lagi. Kat hospital pun, dada masih lagi berdegup. Aku tunggu kat luar wad baby. Tunggu punya tunggu, aku tengok jam dah dekat kul 6. tapi kakak aku belum sampai lagik. Aku dah rasa, macam mana ni.. Nak masuk dulu ke tak, nak masuk ke tak yea.. hadoiiiii... dah mundar mandir aku kat luar wad tu... lantak la orang nak tengok ke haper.. tak fikir dah..

Aku buat keputusan untuk masuk kat dalam wad tu sendirian. Sebab kakak aku lambat. Aku pun pegi dekat  guard depan wad, cakap nak amik baby angkat. Kebetulan ada soran nurse nak masuk dalam wad time tu. Guard tu pun terus panggil nurse tu. Aku cakap nama ibu baby, then terus masuk wad sama2 ngan nurse tu. Oh ya ! time tu kena sediakan baju baby sepasang, barut, kain bedung dgn selimut skali yea. Tu pun kakak aku yang pesan. Sebab nanti nak pakai kan kat baby.

Lepas aku masuk wad tu, memang rasa happy tu dah ada sikit dah. sipi je la.. Blur tu masih menebal lagik. Nurse tu tunjuk kan la baby tu.

Ni la baby tu. Okey, awak dah boleh pakaikan baju dah.

Haper? pakaikan baju kat baby? Aku yang kena buat?? Erkkkk..

Nurse, boleh tolong tak? Tolong pakaikan baju kat baby tu... saya tak pernah buat la..

Boleh je.. takder masalah.

Phewwww ! Lega dahhhh.. Nasib baik la nurse tu nak tolong. Tapi kan, kat hospital ni, ramai yang cakap, nurse semua baik2 belaka. Alhamdulillah..

Lepas pakaikan baju, baby nangis la plak. 

Ada bawak susu tak? 

Ha? kena bawak susu ke?? Takder la... Muka dah blur dah time ni.

Rumah dekat ke jauh? 

Rumah dekat je ...

Nasib baik rumah dekat.. Tak kisah la awak tak bawak susu. Ada satu kes tu, rumah dia dah la jauh. luar Johor. Lepas tu amik baby tak bawak susu pulak. Kelam kabut la jadinya.. 

Panjang lebar nurse tu bg tau. Nurse lain amik, bagi susu dulu. Aku pulak settle kan part dokumen nak amik baby. Kena sign borang. Lepas tu ada nurse bagi tau, kalau nak susukan baby, ada kumpulan sokongan susu ibu boleh tolong. Dapat lak goodies bag. kat dalam bag tu ada la macam2 sample diapers, huggies ada.. drypers ada.. mamy poko pun ada.. pastu ada nappie cream.. ada ubat untuk tali pusat. Eh ! tali pusat baby dah tanggal tau time aku hamik. So, tali pusat yang tanggal tu, nurse bagi aku simpan.. 

Time kat dalam wad tu, kakak aku call bagi tau dia dah sampai. Aku suh tunggu luar wad je, pasal aku tengah settle kan hal baby.. Tak sampai setengah jam, dah boleh bawak baby keluar. Yeaaahooooo.. Nurse yang pegang baby. Aku cakap kakak aku ada tunggu kat luar wad. Keluar je pintu wad, kakak aku dah tersengih2 dah.. then terus pegang baby.. 

Settle hal dekat hospital..

Sunday, April 06, 2014

Sediakan Dokumen

Dua tiga hari lepas A bersalin, kami laki bini ni kena jumpa dengan orang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Aku tak ingat hari apa kena jumpa. Asyraaf lahir hari Senin, rasanya dalam hari selasa ke rabu jumpa dengan orang tu. Yang aku ingat, lepas kami tau A bersalin, hari Selasa kena bagi tau kat JKM. Lepas tu baru la kami kena jumpa person yang in-charge pasal baby ni.

Hari Selasa tu, kami cadang nak jumpa ngan orang JKM, bahagian apa yea, alahaiii tak ingat la pulak. Tapi orang tu tak ada la pulak. So,kami pegi hari rabu pagi. nasib baik orang tu ada. Pegi sekali ngan A, ngan ayah si A tu. Sebab, kalau nak serahkan baby pada orang, ayah A sebagai waris kena ada sekali. Sekurang-kurangnya sebagai saksi yang A tu setuju nak serahkan baby tu pada orang lain. Ayah A pun kena setuju jugak. Kalau ayah dia tak setuju, yang tu tak pasti la. Alhamdulillah, ayah dia memang setuju.

Ok, cerita pasal ayah A ni. Kan aku ada cakap kami laki bini ngan kak N ada jumpa ngn A, jumpa ngan ayah A sekali kan? Ayah dia memang tanak A ni jaga anak dia. Dia tau A dah buat salah besar dengan mengandung. Jadi, dia nak suh anak dia bukak buku baru, lupakan kisah lama dia. Jadi dengan serahkan anak dia pada kami, sekurang-kurangnya baby tu terjamin sikit masa depan dia kan..*InsyaAllah*. Yang aku respect kat ayah A ni, dia masih boleh cool lagi bila anak dia A tu mengandung. Dia boleh terima tau! memang respect sangat2. Ada sesetengah parents kan memang tak boleh terima kan bila dapat tau anak dia pregnant kan? Tapi ayah A ni tak macam tu. Dia just cakap,"Benda dah nak jadi, kita terima je la. Nasib baik ada orang nak jaga baby tu.." Tu je yang dia cakap.

Sambung balik pasal siapkan dokumen pelihara baby. (time ni belum boleh declare as anak angkat yea). Lepas A jumpa JKM ngan ayah dia, time tu kami lak jumpa dengan orang tu. Time jumpa tu, orang tu tanya la macam-macam.

Awak betul2 nak pelihara baby ni?

Ya(Abang yang jawab)

Dah sedia?

InsyaAllah. (Abang jawab lagik)

Time tu aku senyum jek la. dah laki aku jawab, aku diam jek la. Takkan la nak menyampuk lak kan. sungguh tak hormat di situ. *hewhewhew*

Kalau nak jadikan anak pelihara, ambil masa 2 tahun sebelum declare as anak angkat yang sah. Dalam masa 2 tahun ni, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ibu kepada bayi boleh menuntut semula bayi daripada kamu berdua. Tapi sebab ada dokumen yang lengkap, kita boleh fight balik. Dokumen pengangkatan memang penting dan berguna dalam masa 2 tahun ni. Jika berkesempatan, Kami akan pergi melawat tempat kediaman awak, untuk melihat perkembangan bayi. Awak kena sediakan dokumen.... bla..bla..bla..

Ok. Aku just angguk je. Dan memang faham sangat. sebab sebelum ni, kak N dah pernah bagi tau prosedur amik anak angkat. So, takder la terkejut sangat kan... 

Jadi lepas jumpa orang JKM tu, kami pun beredar. Ingat kan nak buat surat beranak untuk baby. Sekali pegi JPN, tak boleh buat pulak. Ibu baby kena buat sendiri. Nak tak nak, kena lah suruh si A tu pegi buat surat beranak untuk baby. Disebabkan tulisan aku yang cantik *sila muntah*, borang semua aku yang isi. A cuma perlu bawak borang je pegi JPN. Nama baby pun Abang yang bagi. Dia teringin sangat la nak namakan baby tu Ayraaf. Ejaan tu aku yang buat macam tu. sebab aku tengok kat buku nama-nama bayi, ejaan dia macam tu. So, jadi lah dua huruf A di situ.

Lepas buat surat beranak, kena buat surat sumpah pulak. Ada 2 borang, satu borang A buat penyerahan baby. lagi satu borang aku laki bini terima baby as anak angkat. Kedua-dua borang ni kena bagi Pesuruhjaya Sumpah chop ngan sign. Aku ingat lagi masa pegi pesuruhjaya sumpah tu, masa tu si A nak sign. So, dia pun cakap la, kalau awak dah sign, awak tak boleh tuntut balik anak tu tau.. sungguh lega bila dia inform macam tu.. A just angguk je..

Jadi satu hari tu, memang siapkan dokumen je.. Bila dah siap, esoknya Abang je yang anta kat JKM. Ni dokumen yang kena hantar :

1) Surat beranak baby
2) Dokumen penyerahan
3) Dokumen penerimaaan
4) Sijil nikah aku ngn laki aku

Semuanya salinan je. Dokumen original kena simpan baik2. Kena buat 3 copy : 

1st copy : Person in-charge JKM simpan.
2nd copy : JKM record
3rd copy : Hospital simpan, untuk guna time amik baby

So, settle la part dokumen..

Saturday, April 05, 2014

Baby Baru

Aku pernah cakap yang aku ada anak angkat kan? Alhamdulillah, sekarang ni umur dia dah setahun lima bulan. Aktif sangat2.

Sejak daripada Asyraaf lahir, aku cadang anak buat blog untuk budak ni. Tengok orang nye blog, kalau ada baby baru mesti buat milestone segala bagai. Kiranya aku pun nak buat macam tu laaa..Tak kisah la anak angkat ke apa kan. tapi still anak kan? Alhamdulillah rezeki  dan amanah dari Allah. 

Ok. Buat permulaan ni, aku  nak cerita macam mana aku boleh amik anak angkat. ceritanya bermula cenggini..(chewahhh)

Baby Asyraaf lahir pada 05 November 2012 yang lepas. Aku cuma dapat tau kalau tak silap, less than a month before baby lahir. Tengok la betapa kelam kelibut nya kan..?? dengan nak buat persiapan kelahiran lagik. Sebenarnya dah tau ada budak pompuan nak lahirkan baby, tapi tak sure baby lelaki ke atau baby pompuan. Aku laki bini memang nak baby lelaki. sebab anak buah aku kan semuanya 7 orang pompuan kan. so, haruslah ada boy disitu sebagai kumbang. hakhakhak.

Masa memula Abang (panggilan utk my hubby, semua sedara mara pun panggil mcm tu gak) bagi  tau ada budak nak bersalin dah, aku jawab je la OK. masa tu memang blur sangat2. 2-3 hari gak la aku fikir, betul ke nak amik anak angkat ni? Then aku siap tanya Abg lagi, betul ke? dia kata la betul. time tu pun fikiran masih melayang-layang lagi. Rasa macam percaya atau tak je la. Aku siap tanya lagi pada Abg, betul ke? Last skali dia cakap, memang betul. Dan memang nak amik anak angkat. Iyer la, kami pun dah lama kawen. Dah 5 tahun. Tapi masih belum ada rezeki baby lagi. So, abang kata, amik je la anak angkat dulu. Mana lah tau lepas amik anak angkat ni, ada rezeki dapat baby sendiri kan. Aku tanya lagi, mampu ke? Abg cakap, InsyaAllah mampu.. Aku pun hokey.

Masa aku betul-betul rasa berpijak di bumi nyata, bila lepas aku jumpa budak pompuan tu. Lepas dari tu, baru la aku sedar yang aku akan ada anak lepas ni. Budak pompuan tu ok la. Aku tak pasti apa cerita sebenarnya. Yang pasti, baby yang dalam kandungan dia tu, akan aku pelihara. Time tu, tanya dia. betul ke baby tu lelaki. dia ckp la, masa scan kat hospital kerajaan, diorang cakap lelaki. Tapi tak sure jugak. Then kami buat keputusan untuk bawak budak pompuan ni pegi scan baby kat klinik swasta, keputusan lagi jelas. Aku tak ikut time abang bawak budak pompuan tu gi klinik. sebab time tu aku balik kg. Abang bawak dia time tu, kak N yang temankan. nanti aku cerita siapa kak N ni ya. Kak N ni memang banyak membantu pasal anak angkat ni. Sebab dia pun ada anak angkat sekarang ni. So, it's really help us.

Masa abang cakap dia nak bawak budak pompuan ni (kita gelarkan A je la) pegi scan, aku dah berdebar2 dah. Aku awal-awal dah cerita kat kakak aku pasal nak amik anak angkat. Dia yang bagi tau kat abah aku. Abah aku ok jek. sebab abah aku cakap, baby tu tak ada salah apa, macam kain putih bersih. Malam tu, abg sms aku, cakap yang memang baby boy..! Alhamdulillah! memang rezeki kami. Aku dah bagi tau kakak aku, kalau abg confirm kan baby lelaki, aku nak ajak dia pegi beli barang2 baby. So, lepas dapat tau baby lelaki, terus aku chop kakak aku untuk hari Ahad tu, nak suh dia tolong aku cari kan barang baby. Ni semua yang aku beli :

Drypers New born
Susu Dulac Langkah satu
Botol susu (3 pcs)
Set tilam ngan bantal baby
Set mandian / lotion / syampoo / bedak
Minyak Yuyi
Baby wipes
Cotton bud
Changing Mat
Kain untuk buat barut & bedung baby
Tuala mandi (2 pcs)
Sarung tangan & kaki baby (tak ingat beli baper set)
Baju baby 6 pasang

Baju baby tu memang sikit sebab kakak aku bagi baju baby anak-anak dia punya. Yang lain tak sure beli apa lagi. Rasanya masa beli macam panjang je bil. Tengok list ni macam sikit pulak. hahaha. Diam tak diam, lepas beli siap semua skali, total semuanya plus minus RM 300. Sikit ke banyak yea? rasanya macam dah murah dah ni..

Ok la. ini dulu. Kena refresh memory dulu. muahahaha..

Ni la baby baru. Nama Asyraaf. Time ni baru 6 hari.


Friday, April 04, 2014

Cerita Lama

Aku ada baaaanyak gambar2 lama kat dalam pendrive. Ok tak kalau aku hapdet jek? Aku ingat nak citer pasal pegi Umrah tahun 2012. Tapiiiii.. macam lama sangat pulak citer tu. Tapiiiii.. rasanya aku boleh je kalau nak citer balik, before ingatan aku tak baper nak betul bila citer balik nanti. haha..

Nak citer ke tak....citer ke takkk...

till then...bye

Monday, March 31, 2014

10 Tahun

Diam tak diam rupanya dah 10 tahun aku keje kat company ni. Alhamdulillah. Laaaama betullll la…Aku rasa kalau aku keje kat tempat lain, dah naik pangkat agaknya aku skang ni. Kat sini takde maknanya la ko nak pangkat2 cenggitu. Lagipun company ni kecik je. Cuma ada 2 orang kerani je. Bayangkan la.. Aku dengan sorang lagi ofismate. Dia wat keje akaun, jadi selain dari akaun tu, semuanya campak kat aku. Huhu..

Aku masih ingat lagi masa first time aku nak mintak keje kat sini. Ni pun kawan aku yang bagi tau ada keje kosong. Waktu tu aku baru je abis blaja. Belum pun konvo lagik. Abah aku suh cari keje cecepat. Kebetulan pulak kawan aku tu bagi tau ada keje kosong as as clerk kat tempat dia keje. Sebab kerani yang sedia ada nak berenti. Lepas dapat details tempat keje semua, aku pun suh la abang long aku tolong bawak aku pegi intebiu.

Masa masuk opis, buat macam tak kenal la ngan kawan aku tu. Dia awal2 dah suh aku buat macam tu. Dia tanak boss tau yang dia recommend aku keje situ. So, takpe la. Ikutkan kan je la dia cakap macam tu. Isi borang semua. Tak lama pastu boss pun panggil interbiu.

“Sini memang ada keje kosong, general clerk. Kerani ada mau berhenti... U ada kelulusan, tapi tak ada pengalaman”. Sambil tengok application form aku. Aku diam je la. Dia pun tak cakap banyak. “Ok la, nanti 2-3 hari lagi saya call confirm kan, dapat kerja atau tak”. Bahasa Melayu yang bagus bagi seorang yang berbangsa cina. Aku pun okey kan je la apa dia cakap. Lepas tu terus balik umah. Takde la nak cari keje kat tempat lain. Macam confirm dapat je. Lagi pun along aku nak pegi keje pulak.

Dua tiga hari lepas tu, boss pun call aku. Sebelum tu, aku dah tanya member aku tu. Macam mana keje kat tempat dia tu. Ok ke tak? Dia pun citer la kat aku yang boss ni kepala angin sikit, macam2 la dia citer. Sampai aku jadik seram pulak nak keje situ. Masa boss call aku, aku cakap la aku dah dapat keje lain. Seram punya pasal, sampai aku tolak offer dia. Sedangkan time tu memang la aku belum ada keje lagik. Teruk kan aku? Aku bagi tau abah aku. Haaaa.. amik ko. Kena marah pulak! Abah aku cakap, kenapa nak dengar orang lain cakap? Abah aku suh call sana balik, cakap boleh keje. Aaaaaaa... i is takut. Nak tak nak, call balik boss tu, bagi tau terima offer job kerani tu. Siap boleh tanya, kalau2 aku boleh keje cepat. Hahaha.. haru tak?

Jadiiiiii.. pada 10 Febuari 2004 aku start keje kat sini. Now dah tahun 2014 dah pun. Memang lama. Tapi dah memang itu kehendak aku. Aku ni pulak bukan nye jenis suka tukar2 keje. Lagi pun, masa mula2 aku nak carik keje dulu, aku memang dah buat keputusan nak duduk kat hometown aku jek. Tak mau merantau. Semua tu sebab aku nak tengok2 kan parents aku. Nak jaga diorang..

Sebenarnya, aku nak jadi graphic designer, tak pun dalam industri animation. Aku kan lulusan multimedia. So, memang nak keje ke arah tu la. Tapi, kat tempat aku ni, takder market tu. Kalau nak keje macam tu, kena pagi bandar2 besar, macam KL, JB ke.. yang memang guna designer banyak. Kan aku dah cakap aku taknak  merantau kan? So, terima je la kerje kerani macam skang ni.. 

Gaji permulaan aku 700 sebulan. Kira banyak la tu. Lagipun aku duduk ngan parents kan.. tak payah bayar sewa rumah. Makan pun kat rumah jek. 

Setahun aku keje, along aku hantar pegi keje. Balik keje naik teksi sampai pekan, lepas tu abah aku amik naik moto masuk kampung. See, bersusah payah semua orang demi aku. Terima kasih Allah sebab aku dikelilingi orang2 yang amik berat kat aku.

Lepas tu aku beli kereta. Dapat je lesen, abah aku terus ajak aku pegi kedai keta terpakai. So, dapatlah kancil.. Dengan bayaran bulanan 200 je. Kira murah lah tu. Alhamdulillah. Skang ni dah bayar abis dah pun. Banyak berjasa kereta tu ngan aku. Tapi, ada citer sedih plak bila fikir pasal keta kancil aku ni.. Nanti2 la aku citer pasal ni.

Now, aku masih lagi disini. Tadi baru je anak boss buat bincang2 sikit. Perkara yang tak pernah dia buat sejak dia keje sini. Dia cakap, company ni akan diambil alih oleh orang lain. That mean, akan ada manager baru semua tu. System maybe ada tukar. Lagi pun, 10 tahun aku keje sini, boleh nampak yang company ni memang dah tak boleh survive. Maybe, this is a good news or a bad news. Just wait and see je la. 

Daripada apa yang anak boss citer tadi, no more listen to radio. No more 'tapau' nasi outside kilang. Aku kan tiap2 hari keluar kejap beli  nasi kat stall pacak luar kilang ni. Dah kalau tak boleh macam tu, takkan la aku hari2 nak kluar naik keta pegi beli? adoiiiii la... Bab tak boleh dengar radio tu at least boleh la terima sikit. aaaaa...seram pulak bila dengar ada management baru..! Kalau dah macam tu, no more online la kot!

Ofismate aku bila dengar berita macam ni, muka dia dah lain. Tadi dia cakap dengan aku "I tak happy bila dengar macam ni.." Speechless. Dia cakap dia pernah keje company besar. Memang stress. Aku mana la pernah keje company besar. So, aku tak tau. Just terima je la berita tu. Harap2 semuanya ok. Kalau stress pun, insyaAllah boleh handle. At least aku akan ada baaaanyak kerja nak buat. Takder la nak termenuuuuung je macam selalu. Ermmmm.. harap2 semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Wish me luck.

till then.. bye.

Sunday, March 30, 2014

Masak-masak : Ayam Masak Sambal Lengkuas

Wah wahhhhh.. Dari tajuk macam terror sangat masak kannn.. Terror la jugak sikit2. Berkat dari belajar ngan arwah mak dulu. Kalau ikutkan, dulu aku memang malassss sangat nak tolong arwah mak masak kat dapur. Kalau suruh aku tolong dalam keadaan marah2, memang aku hentak2 kaki la pegi dapur tu.. Tapi lepas dah tolong tu, arwah mak akan cakap macam  ni, "Tolong mak masak ni, kan bagus. Nanti boleh  jadi pandai masak" Lebih kurang macam tu la.. Ish..teringat ingat plak. huhu..

Tak mau cakap banyak, terus pada cara2 nak masak je. Tapi sebelum tu, kena la sediakan bahan2 dulu kan? *Ni semua gamba lamaaaaa.. abaikan je la date kat gamba tu.. huhu*


Ayam sekor. Aku memang suka beli ayam bulat macam ni. Kalau time rajin tu, memang cepat la aku potong ayam ni. Aku tak baper suka beli ayam yang dah potong. Sebab nanti potongan tu tak ikut piawaian aku. hehe.. *bukanmainlagikkan*.. Lepas dah potong, jadi la macam kat bawah ni..


Biasanya aku masak separuh je ayam tu. Iye la. Aku berdua je kan.. Takkan la nak makan sampai sekor. *Dasar sangattt*. Separuh lagik simpan la dalam fridge. 

Seterusnya bahan2 nak masak.

Ladang kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.

Ladang kering ni kena rendam dengan air panas untuk seketika, supaya senang nak blend nanti.

Bawang besar (bukan bawang holland tau) 3 biji. Bawang putih dalam 10 biji anggaran. Halia dalam 2-3 inci.

Serai dalam batang, hiris kecik2 untuk blend. Lengkuas, ini bergantung pada kehendak korang la ye. Kalau aku suka banyak. Kalau tak baper suka rasa lengkuas banyak, boleh kurang kan.

Blend lada kering, bawang putih (tinggalkan 2 ulas untuk tumis), Bawang besar 2 biji je. Sebiji lagi untuk tumis, halia, serai dan lengkuas. Pendek kata blend je la semua bahan2 kat atas tu, senang citer. haha. Lepas blend, sediakan bahan tumis, bawang putih ngan merah. Kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan kayu manis dalam sebatang dengan bunga lawang 3-4 biji, untuk menaikkan bau.

Tumis bawang merah ngan putih sampai naik bau, atau pun dah kuning2 sikit. Lepas tu curahkan je bahan blend tadi, time ni api kena kecik sikit. Takut jiran bersin2 pulak.. hihi..Tak pasal2 kena maki dalam hati nanti.

Masukkan air asam jawa *lupa lak nak suh sediakan tadi*. Tunggu sampai naik minyak atau orang kata pecah minyak. Time ni memang bau dia perghhhhh.. mengancam dah.. Bila dah pecah minyak, masukkan je ayam yang dah siap tadi. Jangan lupa basuh dulu ayam tu yea. 


Jadi la macam kat atas ni.. Masukkan la garam, gula, serbuk perasa. Semua tu bergantung pada korang la.  Ada orang tak suka masukkan gula. Ada pulak tak suka masukkan serbuk perasa tu. Suka hati korang la. Lepas tu jangan lupa rasa dulu. Agak2 ayam dah empuk, tutup api dan dah siap. Boleh la hidangkan kepada suami tercinta.

Simple je nak masak ni sebenarnya. Bahan2 pun senang nak cari. 

Aku sebenarnya suka je masak2 ni. Biasanya aku masak waktu malam. Siang kan aku keje. Masak lauk berat2 ni memang waktu malam je la. Lepas balik keje, panaskan lauk, lepas tu masak sayur. Dua lauk je punnn.. bukan banyak. Pagi befor pegi keje, En.B akan masak nasi dulu.. Aku jarang masak nasi ni..*Sabarjela*

Kadang2 teringin gak nak masak macam2. Biasanya kat dalam buku2 resepi, macam senangggg je kan? Tapi bila tengok bahan2, macam susah nak cari je.. macam tak tau je apa benda tu.. terus terbantut hasrat nak masak special.

Fikir... nak masak apa plak lepas ni..

Till then.. bye.


Friday, March 28, 2014

Anak

Tadi baca blog neenaanuar, pasal anak. Yang best nya bile baca blog dia, dia positive thinking sangatttt.. memang tabik spring la kat dia. Now, aku pun nak citer gak pasal hal ni..

Yes, i'm married for almost 7 years. Alhamdulillah.. tapi belum dikurniakan anak lagi. maybe sooner or later. InsyaAllah.

Aku bersyukur sangat2 pasal dikelilingi orang yang positif. Aku belum pernah dengar lagi soalan2 maut dari saudara-mara sebelah encik suami. Tapi aku pernah kena tegur dari saudara mara sebelah abah aku. Kalau tanya soalan tu, soalan dia rileks je, takper la jugak. Tapi pertanyaan dia tu boleh menyebabkan darah aku naik kat muka !!

Aku ingat lagik masa tu hari raya, tahun bila aku dah tak ingat dah. Dia kira sepupu la dengan aku, anak kepada pakcik aku. Dia dah berkahwin, ada anak, ada menantu, dan dah ada cucu. Boleh la dia eksyen dengan aku. First time dia tanya macam ni, " Kau ni bila lagi nak ada anak Na..." aku diammmm je. Senyummmm je..

Lepas tu, aku tak ingat time bila aku jumpa lagi dengan dia. Yang aku tau, dia satu famili datang umah abah aku. Dia tanya lagi... "Bila lagi ni Na.. patutnya anak dah berderet dahhh". Siap sengih2 perli macam tu.. Kalau korang, sakit ati tak? Aku pun, apa lagi.. menyirap tau.!! Macam dah takde soalan lain nak tanya kat aku. Aku pun apa lagi, dengan sakit ati nya aku pun jawab macam ni, "Tanya la pada Allah, Dia yang tentukan".. Lebih kurang macam tu la aku jawab. Tapi bukan jawab biasa2, jawab dalam keadaan marah. Aku rasa time tu aku nye muka dah merah dah. Lepas jawab tu, aku terus blah macam tu je.

Lepas je aku jawab macam tu, skang ni kalau jumpa lagi dengan dia, dia memang tak akan tanya lagi dah. Tegur aku pun dah tak. Lantakkk la.. Malas aku nak layan..

Kalau la korang dalam keadaan aku time tu, apa la agaknya kowang jawab kan.. Aku ni kalau orang tak tanya, aku ok je. Kadang2 bukan takde orang tanya aku bila aku nak ada anak. Adaaaa gak yang tanya. Tapi pertanyaan tu jenis lembut je. Bukan tanya jenis macam perli2 macam tu. Bukan tanya macam berbangga sangat sebab diri sendiri dah ada anak, dah ada cucu macam tu. Aku pun ada perasaan. Cuba bayangkan satu hari nanti, anak dia yang bongsu tu kawin, then tak dapat anak atau lambat dapat anak. Macam mana agaknya perasaan dia? Aku ni bukan la nak doakan anak dia tak dapat anak. Bukan niat aku macam tu. Cuma, cuba bayangkan diri sendiri dalam keadaan aku, mesti tau kan macam mana perasaannya.

Kadang-kadang ada orang tanya aku, "Anak dah berapa orang?" Then aku akan jawab, "Belum ada lagi.." *senyum.. Orang yang tanya tu akan jawab balik, "Tak apa lah, belum ada rezeki lagi kan..Ada la nanti tuu..." Haaaaa.. kalau soalan yang macam tu.. boleh la aku terima. Sebab dia tanya, then dia akan 'pujuk' kita balik. Kalau macam tu, kira ok la lagik. At least, ko tak jadi nak marah kannnn.

Salah satu matlamat perkahwinan kan nak menambah zuriat. Tapiii.. tak ada siapa pun tahu perancangan Allah S.A.W. kepada umatNya. Kita cuma boleh merancang. Jadi ke tak jadi.. tu ketentuan Allah.

Alhamdulillah, aku sekarang ni ada sorang anak angkat lelaki. Anugerah Allah datang pada waktu yang aku tak sangka pun. Umur pun dah dekat setahun lima bulan. Keletah sangat.. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini.. *pasal ni aku citer lain entry yea..

Till then.. bye.

I'M BACK AGAIN

Halu haluuuuu...

Memang lama terperap kan blog ni? Sebenarnya ada baaaaaanyak nak cerita kat sini. Cuma masa belum mengizinkan lagi la... Gambar pun boleh tahan banyaknya. Nak kena edit satu persatu.. Akan diusahakan. Sayang pulak kalau langsung takder perkembangan kan kan kan..??

Till then.. bye.