Dua tiga hari lepas A bersalin, kami laki bini ni kena jumpa dengan orang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Aku tak ingat hari apa kena jumpa. Asyraaf lahir hari Senin, rasanya dalam hari selasa ke rabu jumpa dengan orang tu. Yang aku ingat, lepas kami tau A bersalin, hari Selasa kena bagi tau kat JKM. Lepas tu baru la kami kena jumpa person yang in-charge pasal baby ni.
Hari Selasa tu, kami cadang nak jumpa ngan orang JKM, bahagian apa yea, alahaiii tak ingat la pulak. Tapi orang tu tak ada la pulak. So,kami pegi hari rabu pagi. nasib baik orang tu ada. Pegi sekali ngan A, ngan ayah si A tu. Sebab, kalau nak serahkan baby pada orang, ayah A sebagai waris kena ada sekali. Sekurang-kurangnya sebagai saksi yang A tu setuju nak serahkan baby tu pada orang lain. Ayah A pun kena setuju jugak. Kalau ayah dia tak setuju, yang tu tak pasti la. Alhamdulillah, ayah dia memang setuju.
Ok, cerita pasal ayah A ni. Kan aku ada cakap kami laki bini ngan kak N ada jumpa ngn A, jumpa ngan ayah A sekali kan? Ayah dia memang tanak A ni jaga anak dia. Dia tau A dah buat salah besar dengan mengandung. Jadi, dia nak suh anak dia bukak buku baru, lupakan kisah lama dia. Jadi dengan serahkan anak dia pada kami, sekurang-kurangnya baby tu terjamin sikit masa depan dia kan..*InsyaAllah*. Yang aku respect kat ayah A ni, dia masih boleh cool lagi bila anak dia A tu mengandung. Dia boleh terima tau! memang respect sangat2. Ada sesetengah parents kan memang tak boleh terima kan bila dapat tau anak dia pregnant kan? Tapi ayah A ni tak macam tu. Dia just cakap,"Benda dah nak jadi, kita terima je la. Nasib baik ada orang nak jaga baby tu.." Tu je yang dia cakap.
Sambung balik pasal siapkan dokumen pelihara baby. (time ni belum boleh declare as anak angkat yea). Lepas A jumpa JKM ngan ayah dia, time tu kami lak jumpa dengan orang tu. Time jumpa tu, orang tu tanya la macam-macam.
Awak betul2 nak pelihara baby ni?
Ya. (Abang yang jawab)
Dah sedia?
InsyaAllah. (Abang jawab lagik)
Time tu aku senyum jek la. dah laki aku jawab, aku diam jek la. Takkan la nak menyampuk lak kan. sungguh tak hormat di situ. *hewhewhew*
Kalau nak jadikan anak pelihara, ambil masa 2 tahun sebelum declare as anak angkat yang sah. Dalam masa 2 tahun ni, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ibu kepada bayi boleh menuntut semula bayi daripada kamu berdua. Tapi sebab ada dokumen yang lengkap, kita boleh fight balik. Dokumen pengangkatan memang penting dan berguna dalam masa 2 tahun ni. Jika berkesempatan, Kami akan pergi melawat tempat kediaman awak, untuk melihat perkembangan bayi. Awak kena sediakan dokumen.... bla..bla..bla..
Ok. Aku just angguk je. Dan memang faham sangat. sebab sebelum ni, kak N dah pernah bagi tau prosedur amik anak angkat. So, takder la terkejut sangat kan...
Jadi lepas jumpa orang JKM tu, kami pun beredar. Ingat kan nak buat surat beranak untuk baby. Sekali pegi JPN, tak boleh buat pulak. Ibu baby kena buat sendiri. Nak tak nak, kena lah suruh si A tu pegi buat surat beranak untuk baby. Disebabkan tulisan aku yang cantik *sila muntah*, borang semua aku yang isi. A cuma perlu bawak borang je pegi JPN. Nama baby pun Abang yang bagi. Dia teringin sangat la nak namakan baby tu Ayraaf. Ejaan tu aku yang buat macam tu. sebab aku tengok kat buku nama-nama bayi, ejaan dia macam tu. So, jadi lah dua huruf A di situ.
Lepas buat surat beranak, kena buat surat sumpah pulak. Ada 2 borang, satu borang A buat penyerahan baby. lagi satu borang aku laki bini terima baby as anak angkat. Kedua-dua borang ni kena bagi Pesuruhjaya Sumpah chop ngan sign. Aku ingat lagi masa pegi pesuruhjaya sumpah tu, masa tu si A nak sign. So, dia pun cakap la, kalau awak dah sign, awak tak boleh tuntut balik anak tu tau.. sungguh lega bila dia inform macam tu.. A just angguk je..
Jadi satu hari tu, memang siapkan dokumen je.. Bila dah siap, esoknya Abang je yang anta kat JKM. Ni dokumen yang kena hantar :
1) Surat beranak baby
2) Dokumen penyerahan
3) Dokumen penerimaaan
4) Sijil nikah aku ngn laki aku
Semuanya salinan je. Dokumen original kena simpan baik2. Kena buat 3 copy :
1st copy : Person in-charge JKM simpan.
2nd copy : JKM record
3rd copy : Hospital simpan, untuk guna time amik baby
So, settle la part dokumen..
No comments:
Post a Comment