Tuesday, April 22, 2014

Berjauhan

Ermmmm... Tak tau nak mulakan dari mana. Dan tak tau nak fikir apa dah..

Okaylah.. En. Abang aku tu akan keje kat KL. Dapat keje dekat transport company yang boleh dikatakan terkenal jugak lah. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya terjamin la jugak masa depan.

Tapiiiii.... aku ada rasa seram jugak nih. Iyer la... Selama aku kawin 6 tahun lebih ni, tak pernah pun dia tinggalkan aku duduk kat umah tu sorang2. Biasanya aku je yang tinggalkan dia.. eh! haha.. Jangan fikir bukan-bukan yea.. Aku tinggalkan Abg kat umah sorang2 bersebab. Tu pun aku cuma balik umah abah aku je. Bukan pegi tempat lain. Paling lama 3 bulan. Masa mula2 jaga Asyraaf dulu. Aku duduk kat kampung dekat 3 bulan untuk 'berpantang'. 

Lepas tu awal tahun ni aku balik kg dekat sebulan sebab baby sitter Asyraaf bersalin pulak. Takper la. Sekurang-kurangnya BS aku tu still nak jaga Asyraaf walaupun ada baby baru. Selalunya aku balik kg 2-3 hari je. Tu pun sebab Asyraaf nye checkup semua buat kat klinik kat kg je. Jadi memang la kena gi situ.

Tapi.. sekarang ni dah lain. Abg pulak yang kena tinggalkan aku untuk kerja jauh. Masa mula2 Abg bagi tau yang dia nak pegi interbiu keje kat KL 2 minggu lepas tu, aku dah malas nak fikir. Sebab mungkin lambat lagi kottt start keje kat sana. Sekalinyaaaaaa... bila aku tanya bila nak mula keje kat sana, Abg bagi tau hari Khamis sok nak gi KL dahhhh...  

Bila dengar je Abg cakap macam tu, macam2 aku fikir.. Boleh ke aku jaga Raf sorang? Macam mana aku nak gi mandi nanti? Raf tu, kalau tak nampak muka aku, mula la nak menangissss je... Macam mana kalau barang2 dapur habis, takkan la aku nak pegi shopping berdua je ngan Raf? Macam mana tu? Macam mana ni?

Aku pernah tanya pada Abg, percaya ke aku duduk berdua ngan raf je kat umah tu? Abg cakap, percaya. Lagipun jiran2 dah kenal kannn.. Masa mula2 bincang pasal keje kat KL, aku pernah tanya aku ngan Raf macam mana nanti. Abg suruh aku duduk ngan mak dia. Lagipun, MIL aku tu memang duduk berdua je ngan FIL aku. Abg suh tengok-tengokkan. Then bila aku citer kat family aku pulak, diorang suggest aku duduk kat kg je. Tapi, kalau duduk kat kg, dah ramai sangat la kat sana. Susah nanti..

Kalau duduk ngan PIL, aku susah nak antar Raf pegi kat BS dia. Sebab BS dia tu dekat ngan umah aku. Umah PIL aku jauh dari rumah aku. Ada sedikit kesukaran disitu.

Jadi aku buat keputusan, aku duduk je umah tu berdua ngan Raf. InsyaAllah, harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Aminnnn...

Tuesday, April 08, 2014

Bawak Baby Balik Kampung

Lepas aku bg baby pada kakak aku, aku drive keta balik umah aku dulu. Kemaskan barang2 aku, baju2 keje aku, barang keperluan aku.. Al-maklum la, nak balik kampung selama 2 bulan kan.. untuk berpantang.. hewhewhew.. bukan aku la. tapi baby..

Masa drive keta, tak tau aku fikir apa. just go with the flow je. masa bawak baby balik umah aku, my hubs dah ada kat umah. aku tgk muka biasa je.. takder pun excited. Ke memang mcm tu.. ntah ler. Tak lama lepas tu, kak N datang umah. Nak tgk baby sebelum aku bawak balik kg. Tak lama pown, pasal dah nak senja time tu. So, kelam kabut balik kampung.

Sampai je kat umah kampung, abah aku dah menunggu dah.. Siap dengan madu lagi. Iyer la, biasanya kalau baby baru masuk umah, mmg bagi manis kat bibir dia. Tak pasti lak untuk apa. Tapi memang semua baby baru abah or arwah mak aku akan buat macam tu. Follow jek la..

So, bermulalah aktiviti menjaga baby Asyraaf kat kampung selama 2 bulan tak silap aku. Kira mcm aku berpantang plak. Yang aku tak bley blah, bila buat kenduri cukur jambul baby. Masa tu kenduri tu combine ngan kenduri arwah mak. masa jiran-jiran ngan sedara mara datang, semua pelik. Iyer la, aku jalan macam biasa je. takder la kepit macam orang baru lepas bersalin tu. Masing2 hairan. Diorang ingat memang anak aku, pasal aku kan kira plus size. kalau pregnant pun tak perasan. boleh yek macam tu? Aku rasa aku nye badan takder la besar sgt kot ! sampai pregnant pun tak bleh nampak.. *fitam*. Tak kesahla tu..

Tapi takder siapa pun berani  tanya kat aku pasal baby @ pasal aku. Diorang tanya pada kakak aku. so, kakak aku pun bagi tau la yang tu adalah baby angkat. dah semua pakat gelak.. hadoiiii...iyer la, teka-teki dah terjawab kan... pastu, diorang cakap, takper la anak angkat pun.. rezeki jugak. Alhamdulillah...Semuanya memahami.. Sungguh bersyukur padaMu Ya Allah..


Monday, April 07, 2014

Ambil Baby

Lepas buat dokumen semua tu siap. Kena la tunggu sampai hospital call. Sebab satu set dokumen tu diorang kena bagi pasa wad baby, wad yang jaga baby tu after lahir. 

Yang aku tahu, si A dapat tengok anak dia sekali je, lepas dia bersalin. Orang JKM ada bagi tau, lepas je A bersalin, dia dah takder apa-apa kaitan lagi dengan semua prosedur ni. Lagipun semua dokumen dia dah sign, dah setuju. Kalau tak silap, sehari lepas A bersalin, dia dah boleh keluar hospital dah. So, kami laki bini ni la yang masih tertunggu-tunggu bila boleh amik baby dari hospital tu. Tapi sebelum A kluar hospital, kami ada jumpa ngan ayah A ni. Abang ada cakap, nak jumpa kan baby ngan A ni maybe dalam 6 bulan sekali ke.. Pastu ayah si A ni terus cakap :

Tak payah la susah-susah. Pakcik nak dia bina hidup baru. Lupakan kisah lama tu semua. Jangan ingat lagi..

Ada satu hari tu, abang dapat sms dari A. 

Tak tengok baby ke? Tak tau cukup ke tak diapers dia tu..

Lebih kurang macam tu la. Ada lagi dia tulis, tapi aku tak ingat la. Kiranya macam dia nak suruh abg gi tengok baby tu. Biasa la.. naluri ibu kannnnn..

Ada satu masa tu, dia request nak bagi susu badan dia pada baby. Actually, lepas je baby lahir, memang hospital terus bagi susu formula. Tak sure la kan kenapa. Cuma aku rasa nak elak daripada ibu rapat dengan baby tu. Lagipun baby tu kan nak bagi pada orang lain jaga. So, nak buat apa bagi susu dia pada baby. Kang tak pasal2, tak jadi plak nak serah baby tu pada kami. Tu la yang aku rasa.. tak pasti la betul ke tak.. Lagipun, ayah A pun tak bagi A susukan baby tu...

Baby Asyraaf kan lahir 05/11/2012, Isnin, lepas tu hari Jumaat 09/11/2012 abg dapat call dari hospital, bagi tau yang kami dah boleh amik baby tu. Abg call aku dalam pukul 5 ptg macam tu, suh aku amik baby sendiri pasal dia tak sempat amik. Dia suruh aku ajak kakak aku temankan. Pasal lepas je amik baby, memang nak terus balik kg. Nak suh kakak aku tolong jaga, tolong ajar kan macam mana nak sesuaikan dengan baby baru lahir.

Perasaan aku time tu, bercampur baur. Dada dah dup dap dup dap.. takut hokey. Seram pun ada, resah pun ada. kira macam complete set la perasaan tu. semua ada. haha. kalau ingatkan balik, macam klaka pun ada. Iyer la, aku ni mana la pernah ada baby. tertiba je kena jaga baby. Ofkos la macam2 rasa ada. Nasib baik la ada kakak aku, adik aku, dan yang paling penting abah aku. Thanks a lot to them! Tak tau la kalau diorang takder, macam mana...

Abang suh amik baby sebelum pukul 6 ptg Jumaat tu. Lepas je pukul 5, aku terus je gerak gi spital. Spital tu ngan rumah aku bukannya jauh pown.. Time tu dah siap2 call kakak aku, suh datang hospital untuk temankan aku. Aku sampai hospital dulu. Time tu hujan plak lebat giler. Aku tunggu kakak aku. Lagipun belum pukul 6 lagi. Kat hospital pun, dada masih lagi berdegup. Aku tunggu kat luar wad baby. Tunggu punya tunggu, aku tengok jam dah dekat kul 6. tapi kakak aku belum sampai lagik. Aku dah rasa, macam mana ni.. Nak masuk dulu ke tak, nak masuk ke tak yea.. hadoiiiii... dah mundar mandir aku kat luar wad tu... lantak la orang nak tengok ke haper.. tak fikir dah..

Aku buat keputusan untuk masuk kat dalam wad tu sendirian. Sebab kakak aku lambat. Aku pun pegi dekat  guard depan wad, cakap nak amik baby angkat. Kebetulan ada soran nurse nak masuk dalam wad time tu. Guard tu pun terus panggil nurse tu. Aku cakap nama ibu baby, then terus masuk wad sama2 ngan nurse tu. Oh ya ! time tu kena sediakan baju baby sepasang, barut, kain bedung dgn selimut skali yea. Tu pun kakak aku yang pesan. Sebab nanti nak pakai kan kat baby.

Lepas aku masuk wad tu, memang rasa happy tu dah ada sikit dah. sipi je la.. Blur tu masih menebal lagik. Nurse tu tunjuk kan la baby tu.

Ni la baby tu. Okey, awak dah boleh pakaikan baju dah.

Haper? pakaikan baju kat baby? Aku yang kena buat?? Erkkkk..

Nurse, boleh tolong tak? Tolong pakaikan baju kat baby tu... saya tak pernah buat la..

Boleh je.. takder masalah.

Phewwww ! Lega dahhhh.. Nasib baik la nurse tu nak tolong. Tapi kan, kat hospital ni, ramai yang cakap, nurse semua baik2 belaka. Alhamdulillah..

Lepas pakaikan baju, baby nangis la plak. 

Ada bawak susu tak? 

Ha? kena bawak susu ke?? Takder la... Muka dah blur dah time ni.

Rumah dekat ke jauh? 

Rumah dekat je ...

Nasib baik rumah dekat.. Tak kisah la awak tak bawak susu. Ada satu kes tu, rumah dia dah la jauh. luar Johor. Lepas tu amik baby tak bawak susu pulak. Kelam kabut la jadinya.. 

Panjang lebar nurse tu bg tau. Nurse lain amik, bagi susu dulu. Aku pulak settle kan part dokumen nak amik baby. Kena sign borang. Lepas tu ada nurse bagi tau, kalau nak susukan baby, ada kumpulan sokongan susu ibu boleh tolong. Dapat lak goodies bag. kat dalam bag tu ada la macam2 sample diapers, huggies ada.. drypers ada.. mamy poko pun ada.. pastu ada nappie cream.. ada ubat untuk tali pusat. Eh ! tali pusat baby dah tanggal tau time aku hamik. So, tali pusat yang tanggal tu, nurse bagi aku simpan.. 

Time kat dalam wad tu, kakak aku call bagi tau dia dah sampai. Aku suh tunggu luar wad je, pasal aku tengah settle kan hal baby.. Tak sampai setengah jam, dah boleh bawak baby keluar. Yeaaahooooo.. Nurse yang pegang baby. Aku cakap kakak aku ada tunggu kat luar wad. Keluar je pintu wad, kakak aku dah tersengih2 dah.. then terus pegang baby.. 

Settle hal dekat hospital..

Sunday, April 06, 2014

Sediakan Dokumen

Dua tiga hari lepas A bersalin, kami laki bini ni kena jumpa dengan orang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Aku tak ingat hari apa kena jumpa. Asyraaf lahir hari Senin, rasanya dalam hari selasa ke rabu jumpa dengan orang tu. Yang aku ingat, lepas kami tau A bersalin, hari Selasa kena bagi tau kat JKM. Lepas tu baru la kami kena jumpa person yang in-charge pasal baby ni.

Hari Selasa tu, kami cadang nak jumpa ngan orang JKM, bahagian apa yea, alahaiii tak ingat la pulak. Tapi orang tu tak ada la pulak. So,kami pegi hari rabu pagi. nasib baik orang tu ada. Pegi sekali ngan A, ngan ayah si A tu. Sebab, kalau nak serahkan baby pada orang, ayah A sebagai waris kena ada sekali. Sekurang-kurangnya sebagai saksi yang A tu setuju nak serahkan baby tu pada orang lain. Ayah A pun kena setuju jugak. Kalau ayah dia tak setuju, yang tu tak pasti la. Alhamdulillah, ayah dia memang setuju.

Ok, cerita pasal ayah A ni. Kan aku ada cakap kami laki bini ngan kak N ada jumpa ngn A, jumpa ngan ayah A sekali kan? Ayah dia memang tanak A ni jaga anak dia. Dia tau A dah buat salah besar dengan mengandung. Jadi, dia nak suh anak dia bukak buku baru, lupakan kisah lama dia. Jadi dengan serahkan anak dia pada kami, sekurang-kurangnya baby tu terjamin sikit masa depan dia kan..*InsyaAllah*. Yang aku respect kat ayah A ni, dia masih boleh cool lagi bila anak dia A tu mengandung. Dia boleh terima tau! memang respect sangat2. Ada sesetengah parents kan memang tak boleh terima kan bila dapat tau anak dia pregnant kan? Tapi ayah A ni tak macam tu. Dia just cakap,"Benda dah nak jadi, kita terima je la. Nasib baik ada orang nak jaga baby tu.." Tu je yang dia cakap.

Sambung balik pasal siapkan dokumen pelihara baby. (time ni belum boleh declare as anak angkat yea). Lepas A jumpa JKM ngan ayah dia, time tu kami lak jumpa dengan orang tu. Time jumpa tu, orang tu tanya la macam-macam.

Awak betul2 nak pelihara baby ni?

Ya(Abang yang jawab)

Dah sedia?

InsyaAllah. (Abang jawab lagik)

Time tu aku senyum jek la. dah laki aku jawab, aku diam jek la. Takkan la nak menyampuk lak kan. sungguh tak hormat di situ. *hewhewhew*

Kalau nak jadikan anak pelihara, ambil masa 2 tahun sebelum declare as anak angkat yang sah. Dalam masa 2 tahun ni, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ibu kepada bayi boleh menuntut semula bayi daripada kamu berdua. Tapi sebab ada dokumen yang lengkap, kita boleh fight balik. Dokumen pengangkatan memang penting dan berguna dalam masa 2 tahun ni. Jika berkesempatan, Kami akan pergi melawat tempat kediaman awak, untuk melihat perkembangan bayi. Awak kena sediakan dokumen.... bla..bla..bla..

Ok. Aku just angguk je. Dan memang faham sangat. sebab sebelum ni, kak N dah pernah bagi tau prosedur amik anak angkat. So, takder la terkejut sangat kan... 

Jadi lepas jumpa orang JKM tu, kami pun beredar. Ingat kan nak buat surat beranak untuk baby. Sekali pegi JPN, tak boleh buat pulak. Ibu baby kena buat sendiri. Nak tak nak, kena lah suruh si A tu pegi buat surat beranak untuk baby. Disebabkan tulisan aku yang cantik *sila muntah*, borang semua aku yang isi. A cuma perlu bawak borang je pegi JPN. Nama baby pun Abang yang bagi. Dia teringin sangat la nak namakan baby tu Ayraaf. Ejaan tu aku yang buat macam tu. sebab aku tengok kat buku nama-nama bayi, ejaan dia macam tu. So, jadi lah dua huruf A di situ.

Lepas buat surat beranak, kena buat surat sumpah pulak. Ada 2 borang, satu borang A buat penyerahan baby. lagi satu borang aku laki bini terima baby as anak angkat. Kedua-dua borang ni kena bagi Pesuruhjaya Sumpah chop ngan sign. Aku ingat lagi masa pegi pesuruhjaya sumpah tu, masa tu si A nak sign. So, dia pun cakap la, kalau awak dah sign, awak tak boleh tuntut balik anak tu tau.. sungguh lega bila dia inform macam tu.. A just angguk je..

Jadi satu hari tu, memang siapkan dokumen je.. Bila dah siap, esoknya Abang je yang anta kat JKM. Ni dokumen yang kena hantar :

1) Surat beranak baby
2) Dokumen penyerahan
3) Dokumen penerimaaan
4) Sijil nikah aku ngn laki aku

Semuanya salinan je. Dokumen original kena simpan baik2. Kena buat 3 copy : 

1st copy : Person in-charge JKM simpan.
2nd copy : JKM record
3rd copy : Hospital simpan, untuk guna time amik baby

So, settle la part dokumen..

Saturday, April 05, 2014

Baby Baru

Aku pernah cakap yang aku ada anak angkat kan? Alhamdulillah, sekarang ni umur dia dah setahun lima bulan. Aktif sangat2.

Sejak daripada Asyraaf lahir, aku cadang anak buat blog untuk budak ni. Tengok orang nye blog, kalau ada baby baru mesti buat milestone segala bagai. Kiranya aku pun nak buat macam tu laaa..Tak kisah la anak angkat ke apa kan. tapi still anak kan? Alhamdulillah rezeki  dan amanah dari Allah. 

Ok. Buat permulaan ni, aku  nak cerita macam mana aku boleh amik anak angkat. ceritanya bermula cenggini..(chewahhh)

Baby Asyraaf lahir pada 05 November 2012 yang lepas. Aku cuma dapat tau kalau tak silap, less than a month before baby lahir. Tengok la betapa kelam kelibut nya kan..?? dengan nak buat persiapan kelahiran lagik. Sebenarnya dah tau ada budak pompuan nak lahirkan baby, tapi tak sure baby lelaki ke atau baby pompuan. Aku laki bini memang nak baby lelaki. sebab anak buah aku kan semuanya 7 orang pompuan kan. so, haruslah ada boy disitu sebagai kumbang. hakhakhak.

Masa memula Abang (panggilan utk my hubby, semua sedara mara pun panggil mcm tu gak) bagi  tau ada budak nak bersalin dah, aku jawab je la OK. masa tu memang blur sangat2. 2-3 hari gak la aku fikir, betul ke nak amik anak angkat ni? Then aku siap tanya Abg lagi, betul ke? dia kata la betul. time tu pun fikiran masih melayang-layang lagi. Rasa macam percaya atau tak je la. Aku siap tanya lagi pada Abg, betul ke? Last skali dia cakap, memang betul. Dan memang nak amik anak angkat. Iyer la, kami pun dah lama kawen. Dah 5 tahun. Tapi masih belum ada rezeki baby lagi. So, abang kata, amik je la anak angkat dulu. Mana lah tau lepas amik anak angkat ni, ada rezeki dapat baby sendiri kan. Aku tanya lagi, mampu ke? Abg cakap, InsyaAllah mampu.. Aku pun hokey.

Masa aku betul-betul rasa berpijak di bumi nyata, bila lepas aku jumpa budak pompuan tu. Lepas dari tu, baru la aku sedar yang aku akan ada anak lepas ni. Budak pompuan tu ok la. Aku tak pasti apa cerita sebenarnya. Yang pasti, baby yang dalam kandungan dia tu, akan aku pelihara. Time tu, tanya dia. betul ke baby tu lelaki. dia ckp la, masa scan kat hospital kerajaan, diorang cakap lelaki. Tapi tak sure jugak. Then kami buat keputusan untuk bawak budak pompuan ni pegi scan baby kat klinik swasta, keputusan lagi jelas. Aku tak ikut time abang bawak budak pompuan tu gi klinik. sebab time tu aku balik kg. Abang bawak dia time tu, kak N yang temankan. nanti aku cerita siapa kak N ni ya. Kak N ni memang banyak membantu pasal anak angkat ni. Sebab dia pun ada anak angkat sekarang ni. So, it's really help us.

Masa abang cakap dia nak bawak budak pompuan ni (kita gelarkan A je la) pegi scan, aku dah berdebar2 dah. Aku awal-awal dah cerita kat kakak aku pasal nak amik anak angkat. Dia yang bagi tau kat abah aku. Abah aku ok jek. sebab abah aku cakap, baby tu tak ada salah apa, macam kain putih bersih. Malam tu, abg sms aku, cakap yang memang baby boy..! Alhamdulillah! memang rezeki kami. Aku dah bagi tau kakak aku, kalau abg confirm kan baby lelaki, aku nak ajak dia pegi beli barang2 baby. So, lepas dapat tau baby lelaki, terus aku chop kakak aku untuk hari Ahad tu, nak suh dia tolong aku cari kan barang baby. Ni semua yang aku beli :

Drypers New born
Susu Dulac Langkah satu
Botol susu (3 pcs)
Set tilam ngan bantal baby
Set mandian / lotion / syampoo / bedak
Minyak Yuyi
Baby wipes
Cotton bud
Changing Mat
Kain untuk buat barut & bedung baby
Tuala mandi (2 pcs)
Sarung tangan & kaki baby (tak ingat beli baper set)
Baju baby 6 pasang

Baju baby tu memang sikit sebab kakak aku bagi baju baby anak-anak dia punya. Yang lain tak sure beli apa lagi. Rasanya masa beli macam panjang je bil. Tengok list ni macam sikit pulak. hahaha. Diam tak diam, lepas beli siap semua skali, total semuanya plus minus RM 300. Sikit ke banyak yea? rasanya macam dah murah dah ni..

Ok la. ini dulu. Kena refresh memory dulu. muahahaha..

Ni la baby baru. Nama Asyraaf. Time ni baru 6 hari.


Friday, April 04, 2014

Cerita Lama

Aku ada baaaanyak gambar2 lama kat dalam pendrive. Ok tak kalau aku hapdet jek? Aku ingat nak citer pasal pegi Umrah tahun 2012. Tapiiiii.. macam lama sangat pulak citer tu. Tapiiiii.. rasanya aku boleh je kalau nak citer balik, before ingatan aku tak baper nak betul bila citer balik nanti. haha..

Nak citer ke tak....citer ke takkk...

till then...bye