Thursday, June 13, 2013

Jalan-Jalan @ KL

Kejadian ni masa cuti 1 Jun 2013 birthday Agong lepas. Punya la lama nak buat entry. Tapi tak per, hapdet la gak kan daripada takder apa-apa.

Disebabkan cuti pada hari sabtu, so Jumaat malam tu my hubs and i and budak kecik tu pegi amik my mum in law kat umah. Kitorang gerak lepas Isyak. Konon berangan nak gerak lepas Maghrib. Sekali tu, kemas punya kemas, sampai la pukul 8 lebih.. dah alang-alang, tunggu jek la lepas Isyak terus, lagi senang. Takder la kelam kabut sangat nanti. Bajet KL tu macam dekat kan.. kena 3 jam jugak tu by car.

Sampai umah MIL dah pukul 9 lebih kalau tak silap la.. then borak-borak lagik.. baru gerak. Lepas tu berenti pulak untuk dinner. Kami laki bini ni belum makan lagik, so haruslah isi perut dulu. Kalau tak kompem perjalanan rasa macam tak selesa kan. Jadi bila dah berenti makan tu, dah tentu la lagi lewat nak mulakan journey kan kan..Masa tu kami ikut tol Tangkak. masuk tol dah pukul 11 lebih dah. tu baru masuk tol, cer teka kami sampai KL  kul baper? huahuahua..

Kami sampai KL kul 2 pagi hokey !! Kuala Lumpurrrrrrrr... here i comeeee !! hahaha

Pict dari google

Kali ni nye journey, memang syok la. Sebab boleh sampai terus umah my sis in law tu. Kalau tak manjang je sesat. kali ni berjaya *hiphiphorey* 

Umah my SIL dekat wangsa maju. Tak payah la bagi tau alamat semua kan.. tak der faedah pun. hihi.. sampai umah je, regangkan semua urat-urat, otot-otot buntut semua.. mana tak  nye, mmg terus je duk dalam keta tu non-stop. Aku duduk kat seat blakang ngan baby, MIL aku duduk seat depan sebelah pemandu. Sebab aku pegang baby kan, so aku suh MIL aku duk depan. Aku  tak tau la my hubs bawak keta laju camner, pasal aku tak dapat nak tengok meter. Tapi aku rasa laju la. Aku tido je, tau tau dah dekat sampai tol sungai besi. Mesti laju tu.... Bila dah sampai tu, memang tak tunggu lama la, borak sikit-sikit, then sambung tido balik. Lagi pun dah lebih pukul 2 pagi kan. Esok plak nak pegi meronda KL, jadi kita sambung la tido.

Hari Sabtu tu, bangun pagi macam biasa. Pasal budak kecik tu bangun awal, jadi kita pun bangun awal jugak. Tapi takder la awal pun, dalam 8 lebih gak la.. Cadangannya nak meronda sampai malam..sebab hari tu je yang ada. hari Ahad nak balik Johor dah.. Jadi, cadangannya mari la kita ke KL Festival City lepas Zuhur.. cari makan kat sana je..

Gamba dari google lagik..

Makan dekat Little Wok Kitchen. Makan dalam kuali kecik wa cakap tu. Memang unik. Time makan takder pun amik gamba, semua lapa kan.. jadi kita gugel jek gamba restoran tu..


Makanan ok je. Alhamdulillah. biasa-biasa. Cuma kelainan dia pasal makan dalam kuali kecik tu kan.. 

Lepas jalan-jalan kat dalam shopping mall tu, masing2 pun dah penat.. kami pun meneruskan rondaan ke tempat lain pulak. Lokasi seterusnya i-city. Yeahhh... tempat yang dah lama aku idamkan..!! Masa pegi tu, jalan jem pulak. iyer la pasal ada lawan bola dekat Stadium bukit jalil kan.. kat jalanraya tu, memang banyak la kenderaan dengan bendera hitam putih pahang. Kami ni pulak, keta plat johor.. rasa takut pun ada jugak. Malam tu kan Johor lawan Pahang. kiri kanan keta penyokong Pahang.. sabo je la...

Kami sampai i-city pun lepas maghrib.. memang cun la time tu.. kali ni memang amik gamba.. tapi takder la banyak sangat. tu pun pakai kamera phone sajek. 

 Gamba tuan punya belog dulu.. hikhik..



Gamba orang semua nampak gelap pasal nampak cahaya lampu jek yang banyak.. takper la.. bukan kamera canggih pownnn..








My mum in law & sis in law

   

 Abang & adik ipar









Budak yang tak pandai duduk diam dalam stroller. Lepas tu bila nak amik gamba dia, dia tanak tengok kamera plak, asyik sangat ngan mainan dia tu..


Jalan punya jalan sampai selipar aku tercabut. Nasib baik  tak putus tau ! 

Masa nak balik tu, tengok orang makin ramai.. sampai penuh parking lot tu.. bukan lot pun, dia kan tanah lapang.. so pepandai la carik parking sendiri. Nasib baik time kami pegi orang belum ramai lagik..

Lepas tu teruskan perjalanan pulang.. Tapiiii.. tak terus balik umah. Kita singgah kat Danau kota dulu, night market dia. Pasal ada pesanan dari apak mertua. Dia suh belikan dia cap. Hokey la. Kami pun sambung ronda situ pulak. Tapi sebelum tu pegi makan dulu.. Lepas makan baru la menuju ke sana.. 

Balik umah dah pukul 1 ke 2 pagi kalau tak silap. Memang penat giler. Kaki semua sakit. Keesokkan harinya, semua bangun lambat.. hahaha.. nak ronda sangat kannnnn... hamik kau..!!

Then ahad tu takder ke mana pun.. duk umah je.. ada yang sambung tido.. My MIL dengan SIL with hubs pegi beli barang nak masak lunch. So lunch hari tu memang heaven la.. sedap giler. MIL masak ayam masak merah dengan sayur campur. fuhhhh.. sedap gilosss..! makan lak ramai2. memang syok abesss la.. 

Lepas makan lak, rehat la dulu.. sebab nanti nak balik dah kan.. driver harusla sambung tido.. kitorang gerak balik kul 6 kalau tak silap.. sampai umah pun dah malam dahhh.. Alhamdulillah, selamat sampai..

Maka berakhirlah cuti kami.. pastu hari senin plak kat opis, kaki aku bleh plak kan kejang, urat tegang. Ni semua penangan jalan2 kat KL tu la.. hahaha

Len kali bley la jalan-jalan lagik. Tapi kali ni aku nak plan dengan famili belah aku pulak.. tengok la nanti macam mana.. Ok lah, bye.

2 comments:

cLoversz said...

wooo gi KL ehhhh.

susah la ada verification word niii.. :S

cLoversz said...

oooo gi kl eh. weih susah gila komen pakai verification word ni..