Tuesday, June 18, 2013

Takde Elektrik

Boleh korang bayangkan tido memalam tanpa ada elektrik? takde kipas? gelap gelita?
Ya, tu la yang jadi kat aku malam tadi..

Citer nya bermula macam ni.. cewahhh..
aku macam biasa la, mandi lewat. Dalam kul 10 macam tu, baru nak mandi. Biasa lah, sejak ada anak kecik ni, macam-macam kena settle kan dulu.. baru la boleh fikir diri sendiri pulak.. Elok je aku masuk bilik mandi tu.. dah sedia nak bukak shower, tetiba gelap gelita. tekujat mak ! Aku baru je nak feeling2 mandi.. kacau betul laaaaa...

Pastu aku terus panggil my hubs, sarung balik baju semua, kluar dari bilik mandi tu.

Aku : Letrik tendang kot bang..
Dia : Tak la.. cuba tengok rumah lain. ada gak takder letrik la... gelap macam kita ni...

Aku pun pegi la mengendap umah jiran-jiran sebelah aku, tengok umah depan aku.. betul la... memang takder letrik. Tapi yang aku heran tu, bukan semua skali gelap.. ada umah yang terang, ada umah yang gelap.. tu yang macam pelik.

Aku pun suruh lah cik abang aku tu call TNB call centre, buat aduan. 15454. call no tu je la... buat aduan.. tunggu lagik
tunggu....
dan terus tunggu...
tak jugak terang benderang..
sampai la aku rasa fedup sangat.. dahler waktu tu dah pukul 11 lebih.. masih jugak belum terang. Si budak Asyraaf tu pulak dah mula cranky, tak selesa..dah ler waktu lektrik takder tu, dia baru je nak tido. Bila terus gelap, terjaga la dia.. Aku siap kipaskan guna tangan ngan kertas je.. nasib baik dia tido. Ngan aku skali tetido..

Pastu dalam kul 3 pagi, aku terjaga. Tak boleh jadik ni.. panas giler. Mana taknya, umah batu kan.. memang la panas.. aku pegang belakang baju Raf, basah.. peluh.. aku kipaskan lagik..

cik abang perasan aku bangun..

Dia : TNB tak buat la malam ni.. esok kot baru ada..

Aku senyap jek la.. tak tau nak cakap apa dahh.. panas punya pasal.. hati pun ikut sama panas..

Tetiba....
tak lama lepas cik abang cakap macam tu, terus terang benderang.. yeayyyy !!
dah ada letrik.. Alhamdulillahhhh.. boleh la sambung tido dengan lena...

Punya la siksa kalau takder lektrik kan.... bye.

Friday, June 14, 2013

Hari yang biasa-biasa

Hari ni dah Jumaat.
Rasa macam cepat pulak berlalu minggu ni.
Esok pun sabtu muncul, lepas tu Ahad, lepas tu senin..Hey... apa punya membebel la...
Ok.. tak kelakar..

Hari ni rasa sakit plak kepala. Mana taknye, tengok PC dari pagi bawak ke petang..
Cuaca pulak ari ni suram je.. nak kata nak ujan, tak pulak. Ke jerebu? pasal aku tengok macam ada putih-putih asap gitu..
Cepatlah hari berlalu...
boleh balik umah.. main dengan baby.. bley ilangkan stress..

ok la.. bye.. !

Thursday, June 13, 2013

Jalan-Jalan @ KL

Kejadian ni masa cuti 1 Jun 2013 birthday Agong lepas. Punya la lama nak buat entry. Tapi tak per, hapdet la gak kan daripada takder apa-apa.

Disebabkan cuti pada hari sabtu, so Jumaat malam tu my hubs and i and budak kecik tu pegi amik my mum in law kat umah. Kitorang gerak lepas Isyak. Konon berangan nak gerak lepas Maghrib. Sekali tu, kemas punya kemas, sampai la pukul 8 lebih.. dah alang-alang, tunggu jek la lepas Isyak terus, lagi senang. Takder la kelam kabut sangat nanti. Bajet KL tu macam dekat kan.. kena 3 jam jugak tu by car.

Sampai umah MIL dah pukul 9 lebih kalau tak silap la.. then borak-borak lagik.. baru gerak. Lepas tu berenti pulak untuk dinner. Kami laki bini ni belum makan lagik, so haruslah isi perut dulu. Kalau tak kompem perjalanan rasa macam tak selesa kan. Jadi bila dah berenti makan tu, dah tentu la lagi lewat nak mulakan journey kan kan..Masa tu kami ikut tol Tangkak. masuk tol dah pukul 11 lebih dah. tu baru masuk tol, cer teka kami sampai KL  kul baper? huahuahua..

Kami sampai KL kul 2 pagi hokey !! Kuala Lumpurrrrrrrr... here i comeeee !! hahaha

Pict dari google

Kali ni nye journey, memang syok la. Sebab boleh sampai terus umah my sis in law tu. Kalau tak manjang je sesat. kali ni berjaya *hiphiphorey* 

Umah my SIL dekat wangsa maju. Tak payah la bagi tau alamat semua kan.. tak der faedah pun. hihi.. sampai umah je, regangkan semua urat-urat, otot-otot buntut semua.. mana tak  nye, mmg terus je duk dalam keta tu non-stop. Aku duduk kat seat blakang ngan baby, MIL aku duduk seat depan sebelah pemandu. Sebab aku pegang baby kan, so aku suh MIL aku duk depan. Aku  tak tau la my hubs bawak keta laju camner, pasal aku tak dapat nak tengok meter. Tapi aku rasa laju la. Aku tido je, tau tau dah dekat sampai tol sungai besi. Mesti laju tu.... Bila dah sampai tu, memang tak tunggu lama la, borak sikit-sikit, then sambung tido balik. Lagi pun dah lebih pukul 2 pagi kan. Esok plak nak pegi meronda KL, jadi kita sambung la tido.

Hari Sabtu tu, bangun pagi macam biasa. Pasal budak kecik tu bangun awal, jadi kita pun bangun awal jugak. Tapi takder la awal pun, dalam 8 lebih gak la.. Cadangannya nak meronda sampai malam..sebab hari tu je yang ada. hari Ahad nak balik Johor dah.. Jadi, cadangannya mari la kita ke KL Festival City lepas Zuhur.. cari makan kat sana je..

Gamba dari google lagik..

Makan dekat Little Wok Kitchen. Makan dalam kuali kecik wa cakap tu. Memang unik. Time makan takder pun amik gamba, semua lapa kan.. jadi kita gugel jek gamba restoran tu..


Makanan ok je. Alhamdulillah. biasa-biasa. Cuma kelainan dia pasal makan dalam kuali kecik tu kan.. 

Lepas jalan-jalan kat dalam shopping mall tu, masing2 pun dah penat.. kami pun meneruskan rondaan ke tempat lain pulak. Lokasi seterusnya i-city. Yeahhh... tempat yang dah lama aku idamkan..!! Masa pegi tu, jalan jem pulak. iyer la pasal ada lawan bola dekat Stadium bukit jalil kan.. kat jalanraya tu, memang banyak la kenderaan dengan bendera hitam putih pahang. Kami ni pulak, keta plat johor.. rasa takut pun ada jugak. Malam tu kan Johor lawan Pahang. kiri kanan keta penyokong Pahang.. sabo je la...

Kami sampai i-city pun lepas maghrib.. memang cun la time tu.. kali ni memang amik gamba.. tapi takder la banyak sangat. tu pun pakai kamera phone sajek. 

 Gamba tuan punya belog dulu.. hikhik..



Gamba orang semua nampak gelap pasal nampak cahaya lampu jek yang banyak.. takper la.. bukan kamera canggih pownnn..








My mum in law & sis in law

   

 Abang & adik ipar









Budak yang tak pandai duduk diam dalam stroller. Lepas tu bila nak amik gamba dia, dia tanak tengok kamera plak, asyik sangat ngan mainan dia tu..


Jalan punya jalan sampai selipar aku tercabut. Nasib baik  tak putus tau ! 

Masa nak balik tu, tengok orang makin ramai.. sampai penuh parking lot tu.. bukan lot pun, dia kan tanah lapang.. so pepandai la carik parking sendiri. Nasib baik time kami pegi orang belum ramai lagik..

Lepas tu teruskan perjalanan pulang.. Tapiiii.. tak terus balik umah. Kita singgah kat Danau kota dulu, night market dia. Pasal ada pesanan dari apak mertua. Dia suh belikan dia cap. Hokey la. Kami pun sambung ronda situ pulak. Tapi sebelum tu pegi makan dulu.. Lepas makan baru la menuju ke sana.. 

Balik umah dah pukul 1 ke 2 pagi kalau tak silap. Memang penat giler. Kaki semua sakit. Keesokkan harinya, semua bangun lambat.. hahaha.. nak ronda sangat kannnnn... hamik kau..!!

Then ahad tu takder ke mana pun.. duk umah je.. ada yang sambung tido.. My MIL dengan SIL with hubs pegi beli barang nak masak lunch. So lunch hari tu memang heaven la.. sedap giler. MIL masak ayam masak merah dengan sayur campur. fuhhhh.. sedap gilosss..! makan lak ramai2. memang syok abesss la.. 

Lepas makan lak, rehat la dulu.. sebab nanti nak balik dah kan.. driver harusla sambung tido.. kitorang gerak balik kul 6 kalau tak silap.. sampai umah pun dah malam dahhh.. Alhamdulillah, selamat sampai..

Maka berakhirlah cuti kami.. pastu hari senin plak kat opis, kaki aku bleh plak kan kejang, urat tegang. Ni semua penangan jalan2 kat KL tu la.. hahaha

Len kali bley la jalan-jalan lagik. Tapi kali ni aku nak plan dengan famili belah aku pulak.. tengok la nanti macam mana.. Ok lah, bye.

Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI

Esok WESAK Day. 

Selamat bercuti pada yang bercuti tu..

Yang tak cuti macam aku ni... mari lah kita teruskan kan kerja dengan senang hati *ayatpujukdirisendiri*

Yang nak beli produk Jamu Susuk Dara tu, Meh la cari aku kat facebook.. Esok aku keje, so aku akan online macam biasa..add la aku yea..


** Manis, Mantap dan Penuh Rahsia.**


My First Time Bead Attempt

Assalamualaikum

Kali ni nak citer pasal jahit manik kat baju. sebenarnya ni la kali pertama try. Tak sangka pulak jadik. Tapi buat yang simple nye je. Tu pun puas la google nak cari pattern, mcm mana nak jahit. beli manik punya la banyak. Tapi jahit kecik je kat leher ngan pergelangan tangan baju kurung tu.. alahaiiii..kata pertama kali kan.. so, tu pun dah kira puas hati jugak tu..

Meh tengok gamba percubaan pertama jahit manik kat baju kurung..





Blog yang tulis as watermark tu, tak payah la kowang bukak.. tak hapdet punnn.. konon2 nak buat blog jahit manik. Tapi berangan jek la.. takder maknanya nak hapdet lagik pasal dah tak jahit manik dah... sabo je la..

Bila la agaknya nak jahit manik cengini lagik yea.....




Monday, April 29, 2013

Sukaaaa sangat lagu ni !!


PUSARA HATI (GALAU) - SITI NURHALIZA

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

                                                                Rebahlah di pusara hati

Agar terlelap tidurmu

Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu
Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu
Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku
Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan
Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu
Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu
Kala dahagaku (ohh)
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu (tulus darimu)
Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu (badai berlalu)
Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

-------------------------------------------------------------------------

Oh Siti Nurhaliza !!! Suaramua mmg ohsem abes !! i loikeee...!!


Saturday, April 27, 2013

The Wedding Day

Assalamualaikum.. 

Tak habis2 lagik kan dengan wedding my sis.. adehhh.. Hokey la. Entry kali  ni nak perabih kan cerita kawen adik aku tu. Kali ni kira main lambak je gamba semua..

1) Hantaran

Sebelum citer pasal nikah ngan sanding, aku bagi tengok dulu barang hantaran yang belum siap sepenuhnya. Gamba ni aku amik sendiri guna kamera phone jek. Gamba yang betul2 nye ada dalam CD, tapi malas lak nak save. So, amik yg ni saja yea. *jangan marah*. Just nak bagi tengok tema je. Barang hantaran tu macam biasa jek..

Kemeja + Seluar 
Jam Tangan

Sepasang kasut
Set Tali Pinggang + Wallet

Coklat
Bakul Untuk Buah-buahan

Untuk bunga Rampai *Basikal kecik 7 pcs*
Untuk telur 7 biji

Set wangian
Kotak untuk Kek

2) Nikah

Adik aku nikah pagi ahad jam 8.30 pagi. Giler punya awal. Lepas tu siap sorang saksi akad tu tak datang pulak. Semua orang dah ada masa tu, tok kadi, saksi belah lelaki pun ada, saksi belah pompuan boleh plak tak datang2 kan.. memang haru betul la.. Nasib baik la time tu ada orang boleh jadi ganti. Memang kecoh betul la...

Pagi sebelum nikah tu, aku ngan abah keluar pegi beli barang. So abah aku memang tak bersiap apa2 la. Sebab kan dah sign borang wali tu semua. jadi abah ajak aku pegi beli minyak masak, tukang masak yang request suh beli lagi.. jadi abah ajak la aku. pasal aku kan bawak keta laju *perasan*, pastu tau jalan shortcut..aku pn hokey jek la. Lepas dah beli barang semua, masa kami sampai rumah, tengok2 tok kadi ngan bakal pengantin lelaki ngan kluarga dia dah sampai dah..dah ler kelam kabut cari minyak kat pekan.. balik umah plak saksi tak datang2.. lagik la kelam kabut. Dah tu abah aku plak kena tengok akad nikah plak tu. Dengan tak salin baju cantek2, kena mengadap penganten pulak.. hadehhhh... asal boleh jek.. tengok je la gamba dulu..


  

Yang pakai baju biru tu la pengganti saksi akad yang tak datang2. Nasib baik la pakai baju cantek.. Kena la pakai baju cantik pasal tu la ketua kampung kami... hehe


My abah yang pakai t-shirt putih kolar gelap tu. Sempoi kan? Orang lain semua pakai baju melayu, tak pun pakai kemeja. Nak sangat kan suh abah aku tengok akad nikah kan?? So, layan kan je laaaaa...


Lepas sanding kena la bergamba dulu. Baru aku perasan, gamba nikah ada 3 keping je kat haku..muahahaha..

 3) Sanding

Majlis sanding lepas solat Zuhur. Tengok je la gamba yang ada nih.. hikhikhik..


Pengantin dah mai dahhhhh

 

Kalau dah orang Johor kan... kalau takder tol ni memang tak meriah la majlis sanding tu... Ni tol pertama, geng-geng memasak ngan rewang.


Ni lak tol kedua, penanggah nye tol.
 

Ni yang ketiga, nak masuk pintu rumah.. 
 

Ni yang last skali, depan pelamin. Biasanya depan pelamin ni utk budak2 je.. sebab mak budak dah dapat duit tol kan tadi.. haha
 
 


  

Pengantin of the day.. aipppp.. main jeling2 plak..

 

Keluarga aku.. ada lagik yang takder ni.. suami masing2 takder. Melayan tetamu lak tu... 


Makan beradap / makan berdamai (org johor kata)
 

Pasukan kompang
 

Pasukan kompang lagik..
 


 

Orang rewang..


Phewwww... finally dapat gak abiskan entry kawen adik aku nih.. penat nak ingat kan balik hari kejadian tuh la.. Alhamdulillah.. settle.. !! Bye !