Thursday, November 29, 2012

Maaf Yea !

Ya ampunnnnnn.. dah ada sarang labah2 rupanya belog ni. Hahahahaha.. lama giler tak hapdet. Dari wedding progress tuuuu sampai la skang. Baper bulan? dekat  6 bulan gak la. Pengantin pun dah pregnant 6 bulan gak.. hakhakhakhak.. disebabkan huruf M tu melekat kat dahi, so mmg terabai la belog ni.. Ampun yaaaa..

Nanti ada masa aku hapdet yea.. InsyaAllah..

Tuesday, May 08, 2012

Wedding Progress #2

Hello frens !!

Sebenarnya kad jemputan dah lama siap. Macam yg dah di war-warkan sebelum ni. Baca kat sini, Wedding Progress #1. Cuma belum upload gamba je. Kad jemputan yang memang low budget nye. hehehe.. Design sendiri je. Tak payah susah2 tempah kat kedai. Kata nak save budget kan kan kan.. So, cer tengok kad jemputan yg dah siap ni..Memang simple sangat !



 First design. Tak payah guna envelope. Yang ni untuk hantar by hand je. Untuk orang2 kampung, jiran2, kampung sebelah2, mana-mana je la. haha


Inside card


Map


Ada 4 kaler boleh pilih. Kira nasib2 la ye, sapa dapat kaler pink ke, hijau ke, orange atau kunin tu..


Second Design. Yang ni kena masuk dalam envelope. Special sikit.


Inside card


Map

Amacam? Amazing tak? (hahaha, ayat x bley blah). So simple kan. Sebenarnya sesiapa pon bley buat kad sendiri. Cuma rajin ngan tak rajin jek la kan. Kalau ada yang berkenan tu, nak tempah?? Murah jek ni. Harga boleh runding nye.

Kad ni belum lagi diedarkan pada jemputan. My dad cakap, awal lagik. 2 weeks before the big day, baru la kitorang ni nak hantar kad ni pada sedara mara. Kena round satu negeri Johor ni, nak cari sedara mara. hihi. (Kalau camtu, sehari pon x cukup oiii).. Pegi mana yea. Rasanya macam kena pegi Kulai, Pontian. Tah ler. Tak hingat lak. Yang jiran2 kampung tu, suh orang lain anta la ye. 

Pada member2 kesayangan gue semua, tunggu ye kad jemputan dari hamba. Kalau x dapat kad tu, anggap jek la post ni sebagai jemputan.. JANGAN TAK DATANG TAU!!

p/s : Jangan lupa bawak hadiah. (Pesanan dari kakak kepada bakal pengantin. hahaha)


Wednesday, April 18, 2012

Masa Lapang

Hi All..

Aritu pergi umah makcik belah hubby. Then macam biasa la, borak2 punya borak. Tetiba my aunt tu bukak topik pasal hantaran kawin.

"Ana pandai tak gubah hantaran?"

Dengan senyum simpul, aku pun jawab la,

"Yang simple2 boleh la cik."

Lepas tu, my aunt terus keluarkan 2 item :
    1) Sejadah
    2) Telekung

"Ana buat yang simple je. Yang senang2 je. Yang mana Ana boleh buat. Tak payah la yg susah2 sangat. Boleh kan"

"Boleh la cik". Bila barang sumer dah kuarkan, then tunjuk kat aku, tak sampai ati plak nak tolak. Lagipun aku kan memang la suka bab gubah menggubah ni. Hihihii

After a week, ni la hasilnya. Taraaaa







Simple je kan. Terpulang la pada korang nak terjemahkan gubahan ni bentuk apa. hihihi. Lagipun kena buat gubahan je. Then terus letak kat dalam dulang. Pasni nak buat hantaran my sis nye wedding plak. Tema kuning itam. Kena fikir dari skrang ni nak wat macam mana. hihihi






Monday, April 16, 2012

Wedding Progress #1

Cewahhh.. Tajuk bukan main lagi kan? Memang ada banyak misi, untuk menjayakan MAJLIS KAWEN adik aku yang akan berlangsung awal bulan 6 ni. So, kowang mesti tau kan, mesti ada baaaaanyak menda nak buat. So, aku sebagai anak yang mengikut arahan, dapat 2 job.

1 - Cari kanopi untuk di sewa <-- Misi Berjaya !
2 - Design kad jemputan

Yang 1st tu la yang berjaya. Aku berjaya dapatkan kanopi untuk guna time majlis nanti !! Hoyeahhhh.. Bukan tu je, aku dapat pada harga yang memang muraaaaahhhh giler..!!! Tapi set lengkap.  Kanopi (4 buah) + kerusi + meja + Scallop + Alas meja + Sarung kerusi + kipas + lampu + Set buffet (10 pcs) + kanopi kecik (2 pcs) + tempat nasi = tak sampai seribu pown !!! Aku pergi tempat tu pagi tadi, dengan abah and bakal pengantin (adek aku la tu..).

Then yang 2nd tu, masih dalam proses. Dah bagi sample untuk dipilih. So, ada 2 pilihan. Bila dah siap kad tu nanti, aku upload la bagi kowang tengok. Sumer tu hasil tangan aku yang kretip nih..(hahaha.. perasaan). Lepas ni, ada banyak lagi misi untuk disiapkan.. hahaha..till then..


Friday, April 13, 2012

FADHILAT HARI JUMAAT

Salam Jumaat.

Hari ni nak cerita sikit pasal hari Jumaat, penghulu segala hari ni.. Baca je la artikel yang aku dapat kat sini

****

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur
****

Thursday, April 12, 2012

GOOD NEWS !! GOOD NEWS !!

Salam ! Hello people !

Sempena tahun 2012 ni, aku nak buat perubahan pada blog yg mana blog aku yg sekian lamanya tersimpan rapi akan dibuka kepada public! Sesapa pown bley baca. Nak baca kan?? Baca je la.. OPEN TO ALL READERS. Hoyeahhhh..

WHY ? Ermmm.. tak ada la maksud tersirat. Cuma nak tambah kenalan blogger je.. No heart feeling.

HAPPY READING !!